Terkini

LEPASAN SPM-Semakan Rayuan Kemasukan Ke IPTA klik di sini
-Semakan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik klik di sini
- Semankan Keputusan MUET 2010 klik di sini
Share

Darwinisma atau nama lain adalah Teori Darwin yang di bawa oleh Charles Robert Darwin terhadap evolusi alam/kemanusiaan yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada beruk/haiwan. Charles Darwin merupakan seorang ahli Naturalis Amatur. Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semula jadi dan benda-benda hidup. Darwin membuat teori ini berdasarkan pengalaman beliau dalam pengembaraan menjadi sukarelawan dalam pelayaran sebuah kapal yang bernama,H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 untuk mengeliling beberapa tempat yang berbeza di seluruh dunia. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan pelbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangka bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan adaptasi(penyesuaian) mereka kepada keadaan sekeliling. Dengan meletakkan asas pemikiran begini, Darwin menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan "adaptasi kepada persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza-beza ini wujud bukan kerana Allah, tetapi sebaliknya berasal daripada moyang yang berubah-ubah seperti beruk--->manausia,dinasour--->burung dan sebagainya

Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan mana-mana penemuan atau eksperimen sains, bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh dengan disokong dan galakan oleh ahli-ahli biologi materialis yang terkenal masa itu. Teori di buat dengan hanya daya imaginasi dan pemerhatian Darwin terhadap alam tanpa bukti seperti fosil dan sebagainya. Idea Darwin adalah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara baik memindahkan kualiti mereka pada generasi-generasi mendatang, kualiti berguna(advantageous qulities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya.(Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut).

Darwin mengelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangka bahawa dia telah menemui asal usul kehidupan, iaitu:asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini dalam bukunya bertajuk"The Origin of Species,By Mean of Natural Selection" pada tahun 1859.

Rasisme Darwin
Darwin mengaggap bangsa kulit putih Eropah adlah 'lebih maju' daripada bangsa-bangsa manusia lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia daripad makluk beruk,dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah berkembang lebih maju dan sesetengah bangsa lain pula masih memiiki sifat-sifat monyet. Di dalam bukunya, The Decent of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The Origin of the Species, beliau telah memberikan komentar berkenaan "perbezaan yang ketara di antara manusia dari bangsa yang pelbagai"1 di dalam bukunya, Darwin beranggapan bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines sebagai kesinambungan kepada gorila dan disimpulkan bahawa ini semua boleh berlaku dengan "civilised races"(mentamadunkan bangsa-bangsa mengikut masa. Beliau berkata : Di suatu jangka masa akan datang,tidak terlalu jauh seperti di ukur dengan abad-abad,pertamadunan bangsa-bangsa manusia ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat-tempat bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang menyerupai manusia(anthropomorphous apes)..pasti akan terhapus. perbezaan antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun ini,seperti yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian dan beberapa beruk rendah seperti babun, seumpama perbezaan di antara bangsa Negro atau Australia dan gorila 2.

Idea gila Darwin ini tidak hanya sebagai teori, tetapi juga telah berada pada satu kedudukan yang menghasilkan "landasan Saintifik" yang paling penting untuk rasisme. Dengan beranggapan bahawa hidupan ini berubah dalan usaha untuk hidup, Darwinisme mengadaptasikannya ke dalam sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali sebagai "Darwinisme Sosial". Darwinisme sosial mendakwa bahawa kmunculan ras manusia dapat di kesan pada pusingan "tangga-tangga evolusi"

1 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said. London, Sphere Books, 1971, ms 54-56
2 Charle Darwin, The Decent of man, 2nd ed, New York: A.L Burt Co., 1874, ms 178

Sumber: Harun Yahya, Penipuan Evolusi

Share
Related Posts with Thumbnails

About this blog

SEKOLAH MENENGGAH KEBANGSAAN AMAN JAYA,
SUNGAI LALANG,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.
KOD SEKOLAH:KEA 3111
TEL:04-4851996

Email: info@smkaj.edu.my

Ads

Contact us:

amanjaya_student@yahoo.com

SMK Aman Jaya Alumni Association Group Now Exist

SMK Aman Jaya Alumni Association Group Now Exist
Join Facebook and find us nearby.

Followers