Terkini
-Semakan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik klik di sini
Di sini dipautkan sedikit laman web yang dapat menginspirasikan para pelajar yang akan memduduki PMR tidak lama lagi. Gunakan internet sebaik-baiknya bukan hanya bermain facebook dan myspace sahaja. Gunakanlah ia untuk menambah ilmu di dada. Knowledge drive a men future. So, get prepare now before too late.
Ketika peperiksaan bermacam-macam gelagat dan karenah dapat kita lihat. Adalah yang sibuk belajar atau "last minutes study", ada yang mengelamun, ada yang bersenang lenang dan bermacam-macam lagi.
Pada tarikh 29.07.2010 (Khamis) SMK Aman Jaya telah mengadakan Hari Kokurikulum.
Hari Kokurikulum tersebut telah berjalan dengan lancarnya.
Ianya telah dirasmi oleh En. Surentharan Mathavan (Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah). Dalam kesinambungan itu, sebelum Hari Koku dirasmikan secara rasmi, para pelajar didedahkan dulu dengan sesi ceramah tentang keselamatan jalan raya. Ini bagi menyedarkan para pelajar tentang risiko di jalan raya. Memandangkan peratusan kemalangan jalan raya yg melibatkan pelajar semakin tinggi maka ianya amat sesuai diingatkan kepada pelajar.
Sepanjang hari tersebut, pelbagai persatuan telah mengambila bahagian membuka gerai jualan. Tidak kira dari pihak Guru hinggalah pelajar, semuanya menggembleng tenaga dalam menjayakan Hari Koku ini.
Menurut salah seorang Editor merangkap wakil tingkatan 6 SMK Aman Jaya, Nasrullah, aktiviti seperti Hari Koku ini wajar diteruskan kerana ia menjadi wadah untuk para guru dan pelajar bersama-sama berganding bahu untuk menjalankan aktiviti seperti jualan dan sebagainya.
"Aktiviti seperti ini juga membantu setiap persatuan mengumpulkan dana bagi persatuan masing-masing. Selain itu pihak sekolah juga dapt menambah dana untuk kegunaan berkaitan sekolah dan pelajar daripada sewa yg dikenakan di atas gerai-gerai yang dibuka". kata Aida Ashikin, pelajar tingkatan 6 atas SMK Aman Jaya.
Salam interaksi...
Program 'Alumni Family Day' yang sepatutnya diadakan pada hari ini 26.06.2010 terpaksa dibatalkan.
Sebenarnya program ini adalah program/projek sulung persatuan alumni SMK Aman Jaya.
Segala perbincangan telah dilakukan akhir-akhir ini.
Namun ianya terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas faktor2 tertentu.
Berikut ialah komen dari Pengerusi Persatuan Alumni SMK Aman Jaya, Jason Law
"Berkaitan dengan program Family Day yang dirancang sebelum ini terpaksa kita tangguhkan terlebih dahulu berhubung dengan beberapa kekangan yang wujud. Harapan kita adalah alumni aman jaya dapat untuk mengumpulkan lebih ramai lagi bekas-bekas pelajar untuk sertai persatuan ini. Maka,barulah kita menganjurkan program bersama, itu lagi lebih membawa makna kepada kita. Segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum! "
Pihak editor mengharapkan agar semua bekas pelajar SMK Aman Jaya dapat memberi kerjasama dan menyertai Persatuan Alumni SMK Aman Jaya agar program yang akan diatur seterusnya dapat diberitahu kepada semua ahli secara langsung.
Musim cuti persekolahan sudah bermula. Pastinya ia menjadi saat2 yg paling ditunggu oleh pelajar sekolah termasuklah pelajar SMK Aman Jaya sendiri. Pihak editor mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kpd warga SMK Aman Jaya. Jaga diri anda sepanjang musim cuti ini.
Pihak editor ingin mengucapkan selamat bercuti kepada warga IPT yg akan bercuti semester pada bulan ini. Penuhkan masa terluang anda dengan perkara-perkara yg berfaedah dan bermanfaat...
SELamAt BeRCuTi :)
Now the alumni SMK Aman Jaya . Com work again.
Any information and event or other will be announce in this blog site.
Pay your visit now
Adios have a nice day.