Tahiah kepada warga SMK Aman Jaya yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Kepada pelajar tingkatan 3 semua, selamat melangkah ke satu lagi peringkat dalam perjalanan pembelajaran. Semoga kejayaan ini dpat dikekalkan sehingga menjejak kaki ke menara gading. Dan jadikan keputusan ini sama ada cemerlang mahupun kurang cemerlang sebagai penanda aras supaya dapat dikekalkan atau ditingkatkan. Pihak editor mengucapkan selamat maju jaya:)
Terkini
-Semakan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik klik di sini
Salam Maal Hijrah dan semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih bertakwa dan beramal kepada ALLAH S.W.T.
Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah
Lepasan PMR-Permohonan untuk ke sekolah teknik telah dibuka.
Lepasan SPM-Permohonan untuk ke IPTA telah dibuka.
Pelajar boleh memohon secara online kemasukan ke IPTA (Fasa 1). Untuk Fasa 1
nombor pin tidak perlu disertakan lagi. Nombor pin hanya wajib digunakan untuk Fasa 2.
Tarikh Permohonan Kemasukan ke IPTA adalah seperti berikut :
| Fasa 1 |
| 02 November - 31 Disember 2009 |
| Fasa 2 |
| 02 Februari - 31 Mac 2010 |
Kepada En Ngatingan Darus dan guru-guru SMK Aman Jaya yang lain yang bakal berangkat pada 24 oktober 2009 ke Tanah Suci Mekah selamat berangkat dan semoga selamat pulang..kepada umat islam yang lain yang bakal menempuh perjalanan yan sama pihak SMK Aman Jaya.blogspot mengucapkan selamat jalan dan selamat menunaikan ibadah haji..
Darwinisma atau nama lain adalah Teori Darwin yang di bawa oleh Charles Robert Darwin terhadap evolusi alam/kemanusiaan yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada beruk/haiwan. Charles Darwin merupakan seorang ahli Naturalis Amatur. Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semula jadi dan benda-benda hidup. Darwin membuat teori ini berdasarkan pengalaman beliau dalam pengembaraan menjadi sukarelawan dalam pelayaran sebuah kapal yang bernama,H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 untuk mengeliling beberapa tempat yang berbeza di seluruh dunia. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan pelbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangka bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan adaptasi(penyesuaian) mereka kepada keadaan sekeliling. Dengan meletakkan asas pemikiran begini, Darwin menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan "adaptasi kepada persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza-beza ini wujud bukan kerana Allah, tetapi sebaliknya berasal daripada moyang yang berubah-ubah seperti beruk--->manausia,dinasour--->burung dan sebagainya
Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan mana-mana penemuan atau eksperimen sains, bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh dengan disokong dan galakan oleh ahli-ahli biologi materialis yang terkenal masa itu. Teori di buat dengan hanya daya imaginasi dan pemerhatian Darwin terhadap alam tanpa bukti seperti fosil dan sebagainya. Idea Darwin adalah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara baik memindahkan kualiti mereka pada generasi-generasi mendatang, kualiti berguna(advantageous qulities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya.(Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut).
Darwin mengelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangka bahawa dia telah menemui asal usul kehidupan, iaitu:asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini dalam bukunya bertajuk"The Origin of Species,By Mean of Natural Selection" pada tahun 1859.
Rasisme Darwin
Darwin mengaggap bangsa kulit putih Eropah adlah 'lebih maju' daripada bangsa-bangsa manusia lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia daripad makluk beruk,dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah berkembang lebih maju dan sesetengah bangsa lain pula masih memiiki sifat-sifat monyet. Di dalam bukunya, The Decent of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The Origin of the Species, beliau telah memberikan komentar berkenaan "perbezaan yang ketara di antara manusia dari bangsa yang pelbagai"1 di dalam bukunya, Darwin beranggapan bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines sebagai kesinambungan kepada gorila dan disimpulkan bahawa ini semua boleh berlaku dengan "civilised races"(mentamadunkan bangsa-bangsa mengikut masa. Beliau berkata : Di suatu jangka masa akan datang,tidak terlalu jauh seperti di ukur dengan abad-abad,pertamadunan bangsa-bangsa manusia ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat-tempat bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang menyerupai manusia(anthropomorphous apes)..pasti akan terhapus. perbezaan antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun ini,seperti yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian dan beberapa beruk rendah seperti babun, seumpama perbezaan di antara bangsa Negro atau Australia dan gorila 2. Idea gila Darwin ini tidak hanya sebagai teori, tetapi juga telah berada pada satu kedudukan yang menghasilkan "landasan Saintifik" yang paling penting untuk rasisme. Dengan beranggapan bahawa hidupan ini berubah dalan usaha untuk hidup, Darwinisme mengadaptasikannya ke dalam sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali sebagai "Darwinisme Sosial". Darwinisme sosial mendakwa bahawa kmunculan ras manusia dapat di kesan pada pusingan "tangga-tangga evolusi"
1 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said. London, Sphere Books, 1971, ms 54-56
2 Charle Darwin, The Decent of man, 2nd ed, New York: A.L Burt Co., 1874, ms 178
Sumber: Harun Yahya, Penipuan Evolusi
Bulan Julai
02.07.2009
Mesyuarat kebajikan pelajar 3
05.07.2009
Mesyuarat Rimup 3
06.07.2009
Mesyuarat AJK Kurikulum
Mesyuarat budaya lepas PMR
07.07.2009
Mesyuarat Panitia
09.07.2009
Mesyuarat guru-guru tingkatan 3
12.07.2009
Mesyuarat perhimpunan rasmi 3
14.07.2009
Mesyuarat J/K Koperasi 3
14.07.2009
Mesyuarat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) 3
15.07.2009
Mesyuarat Pengurusan
16.07.2009
Mesyuarat Bimbingan & Kaunseling 3
21.07.2009
Mesyuarat KWAMP & Zakat 3
23.07.2009
Mesyuarat J/K Pusat Kokurikulum
29.07.2009
Post mortem & head count
30.07.2009
Hari Kokurikulum
Sumber: http://www.smkamajaya.com/
Assalamualaikum dan salam interaktif...
Pihak editor ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua warga SMK Aman Jaya terutamanya pelajar 'batch' 2008 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara institusi pengajian tinggi yang telah menjadi pilihan pelajar SMK Aman Jaya ialah:
-Tingkatan Enam (Pra Universiti) aliran Sains-SMK Aman Jaya.
-Tingkatan Enam (Pra Universiti) aliran Kemanusiaan-SMK Bandar
-Kolej Matrikulasi-Progran Dua Tahun
-Universiti Teknologi Mara (UiTM)
-Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
-Maktab Perguruan-Program Kursus Lepasan SPM
-Politeknik
-Kolej-kolej Bersekutu UiTM
-dll....
Menurut sumber, institusi-institusi di atas telah berjaya dipohon oleh bekas pelajar-pelajar SMK Aman Jaya terutamanya bekas pelajar SPM tahun 2008. Sehingga kini, ada bekas pelajar SMK Aman Jaya yang telahpun memasuki Institusi Pengajian Tinggi. Pihak ketua editor juga akan melaporkan diri untuk pendaftaran di UniKL Julai ini.
Kesimpulannnya, pelajar-pelajar SMK Aman Jaya boleh berjaya ke universiti berprestij walaupun sekolah kita bukan sekolah pintar mahupun cemerlang 100 peratus.
Oleh itu, saya berharap agar ramai lagi pelajar-pelajar SMK Aman Jaya berjaya melanjutkan pelajaran. Kita berjaya buktikan kita boleh dan tidak mustahil nanti bekas pelajar SMK Aman Jaya berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Jadi berusahalah supaya kita berjaya.
Syabas dan terima kasih kepada Tan Wei Heng kerana berjaya dalam mencipta rekod baru dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan mempromosikan SMK Aman Jaya ke peringkat kebangsaan, dengan itu maka nama SMK Aman Jaya akan terus terpahat dalam catatan rekod kebangsaan. Sekali lagi diucapkan tahniah.
Siapa kata pelajar SMK Aman Jaya tidak hebat dan jahat dan inilah buktinya kita juga boleh berjaya dan lebih hebat daripada sekolah-sekolah di sekeliling kita. Kita lebih hebat daripada SMK Ibrahim serta SMK Teknik 1 & 2… Hahahahahahaha





