Terkini

LEPASAN SPM-Semakan Rayuan Kemasukan Ke IPTA klik di sini
-Semakan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik klik di sini
- Semankan Keputusan MUET 2010 klik di sini
Share

Keputusan MUET dikeluarkan Khamis



KUALA LUMPUR – Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris berkata, calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari tersebut.

Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos, katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip: “MUET No. Kad Pengenalan” dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam Khamis.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut, katanya.

Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara, katanya. – Bernama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About this blog

SEKOLAH MENENGGAH KEBANGSAAN AMAN JAYA,
SUNGAI LALANG,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.
KOD SEKOLAH:KEA 3111
TEL:04-4851996

Email: info@smkaj.edu.my

Ads

Contact us:

amanjaya_student@yahoo.com

SMK Aman Jaya Alumni Association Group Now Exist

SMK Aman Jaya Alumni Association Group Now Exist
Join Facebook and find us nearby.

Followers