Terkini

LEPASAN SPM-Semakan Rayuan Kemasukan Ke IPTA klik di sini
-Semakan Rayuan Kemasukan Ke Politeknik klik di sini
- Semankan Keputusan MUET 2010 klik di sini
Share



Pada tarikh 29.07.2010 (Khamis) SMK Aman Jaya telah mengadakan Hari Kokurikulum.
Hari Kokurikulum tersebut telah berjalan dengan lancarnya.

Ianya telah dirasmi oleh En. Surentharan Mathavan (Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah). Dalam kesinambungan itu, sebelum Hari Koku dirasmikan secara rasmi, para pelajar didedahkan dulu dengan sesi ceramah tentang keselamatan jalan raya. Ini bagi menyedarkan para pelajar tentang risiko di jalan raya. Memandangkan peratusan kemalangan jalan raya yg melibatkan pelajar semakin tinggi maka ianya amat sesuai diingatkan kepada pelajar.

Sepanjang hari tersebut, pelbagai persatuan telah mengambila bahagian membuka gerai jualan. Tidak kira dari pihak Guru hinggalah pelajar, semuanya menggembleng tenaga dalam menjayakan Hari Koku ini.

Menurut salah seorang Editor merangkap wakil tingkatan 6 SMK Aman Jaya, Nasrullah, aktiviti seperti Hari Koku ini wajar diteruskan kerana ia menjadi wadah untuk para guru dan pelajar bersama-sama berganding bahu untuk menjalankan aktiviti seperti jualan dan sebagainya.

"Aktiviti seperti ini juga membantu setiap persatuan mengumpulkan dana bagi persatuan masing-masing. Selain itu pihak sekolah juga dapt menambah dana untuk kegunaan berkaitan sekolah dan pelajar daripada sewa yg dikenakan di atas gerai-gerai yang dibuka". kata Aida Ashikin, pelajar tingkatan 6 atas SMK Aman Jaya.


Align Centre






2 comments:

kata Aida Ashikin ar..? bila tu beliau berkata begitu..?

^^ bila ntah...dh lupa...
jgn marah.... :)

Related Posts with Thumbnails

About this blog

SEKOLAH MENENGGAH KEBANGSAAN AMAN JAYA,
SUNGAI LALANG,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.
KOD SEKOLAH:KEA 3111
TEL:04-4851996

Email: info@smkaj.edu.my

Ads

Contact us:

amanjaya_student@yahoo.com

SMK Aman Jaya Alumni Association Group Now Exist

SMK Aman Jaya Alumni Association Group Now Exist
Join Facebook and find us nearby.

Followers